::EXO::
Navi
FCBOOK TWITTER TUMBLR

THE MAJESTY




HOLLA FELLAS,WELCOME TO MA' BLOGGIE :) (REPLACE WITH YOURS)


Entries About Linkies Stuff

Tagboard!

Put your chatbox codes here!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: NABILA
owner: your name
Others:   


Permainan Bola Baling

          Bola baling (handball) adalah permainan yang memerlukan pelbagai kemahiran untuk mencapai sasaran kemenangan dan permainan yang cantik dan menarik. Berikut adalah beberapa kemahiran dalam bola baling.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

1.    Berlari
2.    Melompat
3.    Hantaran bola
4.    Menyambut bola
5.    Mengelecek bola dengan tangan
6.    Mengacah
7.    Mengadang
8.    Menjaring
9.    Menjaga gol

KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA

            Kemahiran menghantar bola adalah asas utama dalam permainan bola baling. Kemahiran permainan ini menyerupai cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :
a)    Hantaran aras dada
b)    Hantaran bahu
c)    Hantaran lantun
d)    Hantaran lompat
e)    Hantaran sisi

HANTARAN ARAS DADA
            Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.
Hantaran aras dada


HANTARAN BAHU
           Cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh dan serangan balas secara mengejut (counter-attack). Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.
Hantaran bahu

HANTARAN LANTUN
            Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Dengan melatunkan bola. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengansebelah tangan.
Hantaran lantun

HANTARAN LOMPAT
            Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.

HANTARAN SISI
            Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.
Hantaran sisi

KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA

            Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks.  Tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.

CARA MENANGKAP BOLA
1.    Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka
Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.

2.    Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah
Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola.
Tangkapan bola rendah

3.    Menangkap bola dengan sebelah tangan
Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.

4.    Menangkap bola tinggi
Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.
Tangkapan bola tinggi

KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA

Jaringan dari Atas Kepala
            Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari.
Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:
1.    Pemain bergerak satu langkah ke depan.
2.    Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
3.    Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.
4.    Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.
5.    Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

Jaringan dari Bawah Lengan
            Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan.
Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:
1.    Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
2.    Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.
3.    Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Jaringan Lompat
            Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialahpemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan.  Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini khususya selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.
Lompat dan menjaring

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:
1.    Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
2.    Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
3.    Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
4.    Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.
Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut:
1.    Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.
2.    Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara memusingkan bahu dan lengannya.
3.    Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-celah kaki penjaga gol.
4.    Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.

Jaringan pada Aras Paha
Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan.

 Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gol dan membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan.Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

Jaringan Sisi
Penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal.Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.

Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh
Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.
Jaringan menjunam dan jatuh

Jaringan Penalti
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:
1.    Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.
2.    Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
3.    Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung untuk menjaring.
4.    Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:
1.    Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti.
2.    Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola untuk membuat jaringan.
3.    Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan pantas.

Jaringan Voli
 Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:
1.    Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.
2.    Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
3.    Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.
Jaringan voli


KESIMPULAN
     Kemahiran asas yang terdapat dalam bola baling ialah berlari, melompat, hantaran bola, menangkap bola, mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring dan menjaga gol. Setiap kemahiran asas ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke dalamnya.
      Sebagai contoh, dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah sistem tuas di mana bola sebagai beban, lengan sebagai daya dan siku sebagai fulkrum. Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah Hukum Newton Pertama iaitu Inersia. Cara penangkapan bola mestilah betul untuk mengurangkan inersia bola bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Selain itu, prinsip sains yang diaplikasikan dalam kemahiran menjaring ialah sistem tuas dan daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika bola dihayunkan oleh tangan manakala daya diaplikasikan ketika kaki mengikut lajak yang diperlukan untuk memberikan daya yang kuat.
      Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan kecederaan berlaku kepada pemain.


cr : unit sukan